BIOGRAFI

KEPENTINGAN PENERBITAN BIOGRAFI

Senario penerbitan biografi di negara ini telah diperkatakan dalam satu forum, "Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia" anjuran Kementrian Kebudayaan , Kesenian  dan Warisan. Berdasarkan pencarian dalam katalog perpustakaan, tidak sampai seribu judul biografi yang telah diterbitkan sehingga kini di negara kita, namun jumlah ini tidak berpadanan dengan warisan yang ditinggalkan oleh pemuka-pemuka kemajuan negara dalam semua aspek pentadbiran, sosial dan kehidupan. Hal ini menyebabkan catatan warisan negara terabai dan lambat laun lenyap ditelan zaman.

Malaysia walaupun sudah wujud tradisi penulisan novel biografi namun tidak pula menamakan naskah itu sebagai novel biografi sebaliknya menggunakan istilah hikayat atau novel sejarah seperti Hikayat Hang Tuah (biografi) atau Hikayat Munsyi Abdullah (autobiografi). Penerbitan biografi amat penting bagi sesebuah negara kerana rakaman warisan yang berkait dengan tamadun negara dapat diperolehi menerusi karya biografi.

Hakikat ini disedari oleh PPBM lantas mengambil ketetapan meluluskan 14 resolusi yang antara lain menjadikan penerbitan biografi sebagai warisan negara dalam konteks pengiktirafan terhadap sumbangan tokoh-tokoh tertentu kepada negara. Selain itu,PPBM juga mencadangkan penubuhan Yayasan Biografi Negara serta menyediakan dana penyelidikan dan dalam pada itu turut diperluaskan konsep penerbitan biografi kepada autobiografi, memoir, travelog dan hikayat lama berkaitan biografi sebagai bacaan asas dalam Komponen Sastera (SASTERA) pelajar sekolah menengah.





Antara contoh-contoh muka depan penulisan nivel biografi yang kisahnya berasal daripada Malaysia.






Pada pendapat saya, kita sebagai generasi baharu di Malaysia haruslah sentiasa memertabatkan sejarah dan tradisi melayu kita agar ia tidak pupus ditelan zaman. Hal ini, agar kita dapat mengekalkan dan tidak melupakan asal usul negara kita dan seterusnya dapat mengajari serta menceritakan sejarah dan tradisi negara kita ini kepada anak-anak dan generasi muda yang seterusnya. 

Video ini adalah merupakan pesanan daripada Dr. Abdul Halim Ali yang merupakan Professor Madya Kesusateraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.





sumber:

Comments