MICROSOFT EXCEL
KELAS PRAKTIKAL APLIKASI KOMPUTER (MINGGU KE-4 & 5).
Kelas aplikasi komputer kami kali ini , kami telah mempelajari tentang cara menggunakan 'excel functions' . Sebelum saya telah menggunakan aplikasi 'Excel' ini tetapi saya belum pernah mengetahui 'Excel' mempunyai banyak fungsi-fungsi yang amat menarik bagi saya kerana hanya tahu menggunakan formula yang ringkas seperti 'AutoSum' sehinggalah . Walaubagaimanapun, setelah saya menghadiri kelas pada aplikasi komputer pada minggu ke 4 dan 5 ini saya telah mempelajari cara menggunakan fungsi seperti "COUNTA" , "COUNTIF", "VLOOKUP" serta cara membuat bajet dan menghasilkan beberapa jenis graf iaitu seperti "PivotChart" dan "PivotTables".
Pada mulanya saya mengambil masa untuk memahami cara-cara menggunakan formula atau fungsi ini dengan betul kerana ini adalah kali pertama saya mempelajarinya tetapi sedikit demi sedikit saya sudah terbiasa menggunakan formula-formula tersebut. Bukan itu sahaja , saya juga sedar bahawa formula dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi "Excel" ini telah memudahkan tugas sesiapa sahaja terutama jika tugasan tersebut mempunyai data yang banyak. Walaupun , data tersebut mencecah sehingga ratusan maklumat , jika kita sudah mahir menggunakan fungsi " Excel ini , semuanya menjadi mudah.
Comments
Post a Comment