AIR PASANG BESAR

 Air Pasang Besar: Tiga Kampung di Kemaman Ditenggelami Air




Tiga kampung di daerah Kemaman ditenggelami air berikutan peningkatan para sair laut mencecah 3.1 meter susulan fenomena air pasang besar di Kemaman. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah menasihatkan agar orang ramai sentiasa mengawasi keluarga masing-masing agar berlaku kejadian yang tidak diigini semasa musim banjir ini. Hal in kerana, semasa banjir ini kita sering mendengar berlakunya kejadian lemas dan sesetengah daripada mangsa banjir tersebut tidat dapat diselamatkan.

Seterusnya, mereka juga menasihati orang ramai supaya tidak bermain air kerana terdapatnya haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking berkemungkinan untuk berada di dalam air. Orang ramai juga haruslah tidak mendekati pencawang elektrik  kerana dikhuatiri berlakunya renjatan elektrik apabila air memenuhi sesuatu kawasan tersebut. Pada pendapat saya, semua orang perlulah memainkan peranan sebagai seorang masyarakat yang bertamggungjawab dan tidak memandang ringan apabila berlakunya banjir di kawasan tempat tinggal kita. Selain itu, kita juga haruslah mematuhi arahan pihak berkuasa seperti tidak bermain air banjir, tidak mendekati pencawang elektrik dan sebagainya agar kita tidak mengelakkan segala kejadian buruk.


Berita penuh tentang berita ini .



Comments

Popular posts from this blog

BIOGRAFI