MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN

AYAM MASAK PAPRIK



Pada hari Isnin yang lepas saya berpeluang untuk memasak salah satu daripada makanan kegemaran saya iaitu ayam masak paprik bagi juadah makanan tengah hari kami sekeluarga. Semenjak saya menyambung pelajaran saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda ini, kehidupan saya agak sibuk dengan kelas serta pelbagai tugasan yang perlu saya selesaikan. Oleh itu, saya tidak berpeluang untuk menjalankan atau meluangkan masa saya untuk memasak kerana memasak merupakan salah satu aktiviti yang diminati oleh saya.

 Walaubagaimanapun, pada hari tersebut saya mempunyai sedikit masa senggang dan menggunakan peluang ini untuk menjalankan aktiviti kegemaran saya. Memasak bukanlah sesuatu kerja yang mudah kerana ia bukan hanya melibatkan aktiviti memasak sahaja, tetapi melibatkan perkara lain seperti mengemas dapur dan mencuci peralatan memasak setelah  digunakan. Ayam masak paprik ini merupakan sebuah hidangan yang menarik  bagi saya kerana hidangan ini bukan sahaja mengandungi protein tetapi terdapat juga sayur-sayuran di dalamnya. 
Antara bahan yang diperlukan adalah seperti ayam yang dipotong dadu, disaluti dan diperisakan dengan serbuk kunyit dan garam.



Kemudian, ayam yang telah diperisakan ini perlu digoreng terlebih dahulu.






Seterusnya, sambil ayam digoreng saya menyiapkan bahan-bahan untuk memasak kuah ayam paprik ini pula. Bahan-bahanya adalah sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit halia yang dihiris halus, daun limau purut, sebatang serai serta cili yang dikisar. Manakala, sayur-sayuran pula saya menggunakan lobak merah, bunga kobis dan pucuk jagung.


Gambar ini adalah sewaktu kuah paprik hampir selesai dimasak.


Langkah yang terakhir setelah kuah paprik dimasak, adalah dengan mencampurkan ayam yang telah digoreng, dan dicampurkan bersama kuah paprik ini dan gambar diatas ini adalah hasil akhir hidangan ayam masak paprik ini.


Video diatas ini adalah merupakan resepi ayam masak paprik yang lebih terperinci.
















Comments

Popular posts from this blog

BIOGRAFI