BBM
BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Bahan Bantuan Mengajar (BBM) atau Alat Bantuan Mengajar (ABM) merupakan segala atau kelengkapan yang digunankan oleh guru atau murid untuk mebantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah(Brown J.W, 1983). Sebernanya, BBM ini merupakan tugasan yang diberikan kepada kami bagi kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Kami dikehendaki untuk menghasilkan BBM ini menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, plastik, polistrin dan sebagainya.
Kami juga bebas untuk menghasilkan apa jenis bentuk BBM ini mengikut kreativiti masing-masing. Dirumah saya, terdapat banyak kotak terpakai yang tidak digunakan lagi, jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan kotak tersebut sebagai asas kepada tugasan yang akan saya hasilkan. Pada mulanya saya ingin menghasilkan sebuah rak buku kecil yang dapat diletakkan di atas meja belajar. Walaubagaimapun, saya merasakan rak buku tersebut agak lain daripada tema sebenar tugasan ini iaitu Bahan Bantuan Mengajar kerana rak buku ini tidak mepunyai fungsi yang dapat mencerminkan definasi BBM ini.
Gambar berikut merupakan contoh bagi idea asal saya.
Saya juga telah pun hampir siap menghasilkan rak buku ini dengan memotong kepingan-kepingan kotak terpakai ini kepada beberapa bahagian serta mengikut saiz dan bentuk yang sepatutnya.
Video di atas ini merupakan antara sumber rujukan saya.
Disebabkan idea pertama saya ini tidak sesuai dengan tema bagi tugasan ini jadi saya bercadang ingin menukar idea asal ini kepada sesuatu yang lebih sesuai dengan definisi BBM. Oleh itu, saya mendapat idea untuk menghasilkan satu alat bantuan mengajar yang dapat digunakan kepada murid pra sekolah atau murid sekolah rendah sebagai salah satu cara untuk menarik minat mereka untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran mereka. Saya juga masih menggunakan kepingan kotak yang telah dipotong untuk membuat rak buku tadi.
Gambar di atas ini adalah merupakan hasil akhir tugasan ini yang telah berjaya saya siapkan. Selain itu, saya juga telah menggunakan kedua-dua belah kotak ini iaitu bahgian depan dan belakang kotak. Kedua-dua bahagian adalah hampir serupa dan yang membezakannya adalah bahagian depan kotak adalah untuk soalan dan bahagian belakang adalah untuk jawapan. Setiap bahagian juga mempunyai 4 poket yang diperbuat daripada kertas dan setiap poket tersebut akan diisi dengan soalan atau jawapan yang akan ditulis diatas kertas.
Comments
Post a Comment