HTML
MEMBANGUNKAN BLOG HTML
Pada kelas aplikasi komputer minggu ke 6 yang lepas, kami telah diajari cara membangunkan blog menggunakan HTML bukan itu sahaja ia juga merupakan pertma kali saya mengenali HTML. HTML adalah merupakan bahasa pengaturcaraan bagi membina sesebuah laman web dan ia merupakan singkatan daripada akronim "Hyper Text Markup Language". Selain itu, HTML merupkan file teks yang mengandungi arahan atau skrip kepada web browser untuk menampilkan suatu tampilan grafik dari sebuah laman web.
Tanda-tanda atau simbol umum yang digunakan dalam HTML
-Tanda yang digunakan : <,>,/
-Tag: <tag>.
Contohnya, <body>, </body>, <head>,</head>
-Element: <tag>.........</tag>.
Contohnya, <title>Nur Munirah Website</title>
Video ini adalah tentang pengenalan tag asas yang boleh digunakan untuk membangunkan blog HTML.
Untuk menghasilkan blog HTML ini kami menggunakan aplikasi "notepad"dan "HTML Tutorial" juga banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan HTML. Hal ini kerana, "HTML Tutorial ini terdapat banyak aplikasi-aplikasi di dalamnya yang dapat memudahkan kita dalam membina blog HTML.
Laman web HTML Tutorial: https://www.w3schools.com/html/
Comments
Post a Comment