VIDEO PEMBENTANGAN

 PERSEDIAAN VIDEO PEMBENTANGAN

Semenjak pembelajaran atas talian di rumah, tugasan yang diberikan banyak melibatkan video pembentangan dimana kami perlu menyediakan satu video yang direkod tentang topik yang diberikan oleh pensyarah. Antara subjek yang melibatkan tugasan seperti ini adalah Mikroekonomi dan tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Kami mendapat topik Monopoli dan tugasan ini juga memerlukan banyak perbincangan atas talian supaya semua ahli kumpulan jelas dengan bahagian masing-masing.

Sebernanya, tugasan sebegini agak menarik bagi saya kerana kami akan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint untuk menyediakan slide pembentangan. Bukan itu  sahaja, Microsoft PowerPoint ini juga mempunyai pelbagai fungsi yang amat berguna dalam menghasilkan sebuah slide pembentangan yang mengagumkan. Selain itu,kita juga boleh terus merekod video menggunakan Microsoft PowerPoint ini dan ia dapat memudahkan lagi para pengguna kerana kita tidak perlu merekod video menggunakan kamera telefon dan kemudian memindahkannya ke PowerPoint ini.



Gambar diatas adalah merupakan salah satu slide pembentangan saya.



Serta video peneranganya.

Comments

Popular posts from this blog

BIOGRAFI