EPPD1063
KELAS PERTAMA APLIKASI KOMPUTER...
Subjek aplikasi komputer ini adalah merupakan kali pertama saya mempelajarinya kerana, ia adalah subjek wajib fakulti di mana kami wajib mengambil subjek ini. Oleh itu, saya berasa agak teruja untuk memulakan kelas pertama saya. Pada hari pertama kami telah mempelajari topik yang pertama iaitu ' Introduction to Computer Today ' dan pada masa yang sama saya telah menerima ilmu baru tentang komputer seperti jenis - jenis komputer dan 'mobile devices' , apa itu 'servers' dan 'terminals' serta banyak lagi.
Setelah itu di akhir pembelajaran kami , kami telah diberikan tugasan yang pertama iatu dengan mencipta blog masing-masing. Saya belum pernah mempunyai blog sebelum ini, jadi ini adalah pengalaman pertama saya memiliki blog milik sendiri. Kami juga dikehendaki, mengepos satu blog setiap minggu mengikut kategori. Kategori yang pertama ialah tentang apa yang kami pelajari dalam kelas aplikasi komputer ini, kategori kedua pula ialah ' personal activity ' iaitu tentang aktiviti mingguan kami di rumah atau di UKM dan yang ketiga pula ialah 'news' dimana kami perlu mencari dan membaca apa-apa jenis berita serta membuat ringkasan tentang berita tersebut.
Akhirnya, saya berjaya mencipta akaun blog saya yang pertama dengan cara mendaftar dengan blogspot dan ia amat mudah bagi saya untuk mecipta akaun blog ini.
Comments
Post a Comment