BIOGRAFI
KEPENTINGAN PENERBITAN BIOGRAFI Senario penerbitan biografi di negara ini telah diperkatakan dalam satu forum, "Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia" anjuran Kementrian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan. Berdasarkan pencarian dalam katalog perpustakaan, tidak sampai seribu judul biografi yang telah diterbitkan sehingga kini di negara kita, namun jumlah ini tidak berpadanan dengan warisan yang ditinggalkan oleh pemuka-pemuka kemajuan negara dalam semua aspek pentadbiran, sosial dan kehidupan. Hal ini menyebabkan catatan warisan negara terabai dan lambat laun lenyap ditelan zaman. Malaysia walaupun sudah wujud tradisi penulisan novel biografi namun tidak pula menamakan naskah itu sebagai novel biografi sebaliknya menggunakan istilah hikayat atau novel sejarah seperti Hikayat Hang Tuah (biografi) atau Hikayat Munsyi Abdullah (autobiografi). Penerbitan biografi amat penting bagi sesebuah negara kerana rakaman warisan yang berkait dengan tamadun negara dapat diperolehi mene...